KUALA LUMPUR: Komposer muzik yang pernah memenangi anugerah Oscar, AR Rahman meraikan 30 tahun perjalanan seni muziknya di Malaysia, dalam konsert mega penuh meriah lagi menghiburkan di hadapan kira-kira 60,000 penontoh di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.
Konsert 'Secret of Success: Live in Malaysia 2023' yang bermula sekitar pukul 8.30 malam, menyaksikan penyanyi, penerbit dan penulis lirik terkemuka dari India itu terus memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.
Penyanyi berumur 56 tahun itu turut menyanyikan lagu dari filem Tamil terkenal 'Sivaji The Boss'. Beliau merupakan komposer muzik bagi filem itu.
Selain itu AR Rahman, yang nama penuhnya Allah Rakha Rahman, turut menyampaikan lagu-lagu medley pelbagai irama merdu dari India, termasuk Reeti Gowla, Chalanatai dan Dharmavati.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan konsert yang menampilkan lagu-lagu Hindi serta Tamil yang memang dikenali ramai anjuran DMY Creation itu.
Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia B. N. Reddy.
Konsert itu turut menampilkan beberapa artis terkemuka lain, termasuk penyanyi latar Hariharan dan Shweta Mohan, serta pemuzik Drums Sivamani.
Selepas kira-kira dua jam konsert, penonton terus memberikan tepukan gemuruh apabila penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin muncul di tengah pentas menyanyikan lagu Tamil, Munbe Vaa, secara berduet dengan penyanyi dari India, Haricharan.
Malam yang menyaksikan AR Rahman kembali ke Kuala Lumpur selepas kali terakhir beraksi dalam konsert di sini kira-kira enam tahun lepas, diakhiri dengan dendangan lagu Chaiyya Chaiyya, Urvasi Urvasi dan Vande Mataram.
Konsert lebih tiga jam itu berakhir pada kira-kira pukul 11.50 malam.
AR Rahman memulakan kariernya dalam bidang seni pada tahun 1992, dan sejak itu beliau menjadi salah seorang ahli muzik paling berpengaruh dan berjaya di India, malah pernah memenangi dua Anugerah Akademi bagi skor muzik dan lagu terbaik pada 2009 bagi sentuhan muziknya untuk filem Slumdog Millionaire arahan Danny Boyle.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
AR Rahman meraikan 30 tahun perjalanan seni muziknya di Malaysia, dalam konsert mega di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. -ASTRO ULAGAM
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Konsert 'AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024' di SNBJ 27 Julai ini
Selepas lebih setahun, AR Rahman, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada 27 Julai ini.
Retro Rahman kembali temui peminat menerusi siri ketiga di Zepp KL hari ini
Lima penyanyi tersohor India bakal mengegarkan pentas di Zepp Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam ini.
AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.
Filem Tamil 3D pertama lakonan Rajinikanth bakal cipta 'tsunami'
Filem "2.0" mendapat sambutan melangkaui jangkaan apabila tiket untuk minggu pertama tayangannya di kebanyakan pawagam habis dijual.
Tertangguh 3 jam, persembahan AR Rahman pukau 20,000 penonton di Malaysia
Maestro dan pemuzik dari India, A.R Rahman berjaya menghiburkan penontonnya di Stadium Merdeka, di sini malam tadi walaupun ia bermula lewat 3 jam.
A.R. Rahman kembali menghibur peminat Malaysia
Pemenang Grammy sebanyak dua kali itu akan membuat persembahan di Stadium Merdeka pada 26 April.